Sokongan
Pusat Sokongan Abid Pro
Panduan ringkas untuk masalah biasa. Jika masih tidak selesai, hubungi kami.
Sertakan jenis peranti, versi Android/pelayar dan langkah yang menyebabkan masalah.
Akaun & log masuk
Log masuk Google tidak berjaya
- Pastikan sambungan internet stabil dan masa/tarikh telefon betul (automatik).
- Di web, benarkan popup untuk app.abidpro.my — log masuk Google dibuka dalam tetingkap popup.
- Di Android, pastikan Google Play Services dikemas kini, kemudian cuba semula.
- Jika masih gagal, gunakan log masuk e-mel atau "Teruskan tanpa akaun" dan hubungi kami.
Lupa kata laluan (akaun e-mel)
Di skrin log masuk, tekan Lupa kata laluan? dan ikut pautan yang dihantar ke e-mel anda.
Gambar profil atau nama tidak muncul
Gambar profil diambil daripada akaun Google anda. Jika tidak muncul, app akan memaparkan huruf awal nama. Tutup dan buka semula app, atau log keluar dan log masuk semula. Menukar gambar di akaun Google mungkin mengambil sedikit masa untuk dikemas kini.
Bookmark al-Quran tidak disegerakkan
Penyegerakan hanya berlaku apabila anda log masuk dengan akaun yang sama di semua peranti dan ada sambungan internet. Semak status akaun di halaman Akaun dalam app.
Lokasi & waktu solat
Butang Lokasi tidak berfungsi
- Hidupkan Lokasi/GPS telefon (Tetapan → Lokasi).
- Benarkan kebenaran lokasi: Tetapan Android → Apl → Abid Pro → Kebenaran → Lokasi → Benarkan semasa menggunakan app.
- Di pelayar, tekan ikon kunci di bar alamat → Kebenaran tapak → Lokasi → Benarkan.
- Jika lokasi tidak dapat dikesan, pilih zon JAKIM secara manual di halaman Waktu Solat.
Waktu solat berbeza dengan masjid berdekatan
Semak zon JAKIM yang dipilih di halaman Waktu Solat. Waktu rasmi adalah mengikut zon; perbezaan kecil antara kawasan dalam zon yang sama adalah normal.
Notifikasi & azan
Azan tidak berbunyi / notifikasi tidak muncul
- Buka halaman Azan dalam app dan aktifkan notifikasi. Benarkan apabila diminta.
- Tetapan Android → Apl → Abid Pro → Notifikasi → pastikan saluran Azan & Waktu Solat dibenarkan dan bunyi tidak dimatikan.
- Tetapan → Apl → Abid Pro → Bateri → pilih Tidak terhad (atau matikan pengoptimuman bateri) supaya azan tidak ditangguhkan.
- Buka app sekali-sekala supaya jadual azan dikemas kini mengikut waktu terkini.
- Gunakan butang ujian di halaman Azan untuk memastikan bunyi berfungsi.
Tetapan solat (zon, peringatan awal)
Zon diubah di halaman Waktu Solat. Waktu solat yang berazan dan peringatan awal (minit sebelum waktu) diubah di halaman Azan.
Mushaf al-Quran
Cara guna Mushaf 604 muka surat
- Leret ke kanan/kiri untuk tukar muka surat, atau taip nombor muka surat/pilih surah.
- Tekan dan tahan pada ayat untuk audio, terjemahan, tafsir atau tanda ayat.
- Butang bookmark menanda muka surat semasa; butang ? membuka semula panduan.
Privasi & pemadaman data
Permintaan privasi
Baca Dasar Privasi. Untuk permintaan akses, pembetulan atau pemadaman data, e-mel mohdhizzudin2002@gmail.com dari alamat e-mel akaun anda.
Padam akaun & data
Ikut langkah di Padam Akaun & Data.
Pautan berkaitan
Dasar Privasi · Terma Perkhidmatan · Padam Akaun & Data · Buka Abid Pro