Padam Akaun & Data
Padam akaun dan data Abid Pro
Anda boleh memadam akaun Abid Pro dan data yang disegerakkan pada bila-bila masa, terus dalam app.
Kemas kini terakhir: 1 Oktober 2026
Cara 1: Padam dalam app (serta-merta)
- Buka Abid Pro (aplikasi Android atau app.abidpro.my) dan log masuk.
- Tekan ikon profil di bahagian atas (atau pergi ke halaman Akaun).
- Tekan Padam akaun dan sahkan.
- Jika diminta, log keluar dan log masuk semula, kemudian ulang langkah 3 (keperluan keselamatan untuk tindakan sensitif).
Cara 2: Minta melalui e-mel
Jika anda tidak dapat log masuk, hantar e-mel ke mohdhizzudin2002@gmail.com dengan tajuk "Permintaan padam akaun Abid Pro" daripada alamat e-mel akaun anda. Kami akan mengesahkan pemilikan dan memproses permintaan dalam masa 30 hari.
Data yang dipadam
- Akaun Firebase Authentication anda (nama, e-mel, pautan gambar profil, UID).
- Rekod akaun dalam Cloud Firestore: bookmark ayat, tanda muka surat Mushaf, bacaan terakhir dan kedudukan Mushaf.
Salinan dalam sistem sandaran Google mungkin kekal untuk tempoh terhad sebelum dipadam mengikut amalan Google.
Data di peranti
Tetapan dan data tempatan (lokasi terakhir, tetapan azan, tema, kiraan tasbih dan lain-lain) disimpan di peranti anda sahaja. Untuk memadamnya: Android → Tetapan → Apl → Abid Pro → Storan → Kosongkan data (atau nyahpasang app); di pelayar, padam data tapak untuk app.abidpro.my.
Akses Google
Anda juga boleh menarik balik akses Abid Pro kepada akaun Google anda di myaccount.google.com/permissions.